Hanya tuhan yang tahu
Bagaimana perasaan ku
Pada detik dan waktu ini
Segala persoalan telah dijawab
Segala kemusykilan telah terungkap
Dan kini aku berasa sangat teruja
Untuk menuju ke destinasi cintaku ini
Untuk membuktikan aku adalah yang terbaik
Berilah aku semangat yang kuat
Untuk menempuh semua kebahagiaan ini
Kerana aku tahu ianya penuh ranjau dan liku
Aku takkan toleh kebelakang
Mahupun ke kiri dan ke kanan
Sebaliknya akan terus berdoa
Agar aku sentiasa ada untukmu
Terima kasih untuk segalanya
Kuhargai kasih sayangmu
Hanya kau yang mampu
Membawa diriku
Hingga sampai akhir nanti...
No comments:
Post a Comment