Monday, February 8, 2010
Terima Kasih...
Sunday, February 7, 2010
Selamat Datang..
Wednesday, January 27, 2010
AJL 24..Fantastic
aku ni nak post cite pasal pegi AJL ari tuh
tapi ape2 pon aku nak share jugak
experience aku 1st time g AJL ni..huhuh
so aku g ngan sorang bro ni die pon aizoners jugak
kitorang g awal jgk la sbb ptg tu hujan lebat sgt
so kalo g lmbt kang ssh plak..
so dtg awal tuh pon dah ramai orang
ptg tu pon ade siaran luar Hot FM..
Hot FM ade wat pertandingan nyanyi lagu2 AJL so yg masuk tak lah mengecewakan..
tp kalo dah sume nyanyi lagu alyah bosan jgk..
ptg tuh before event, ade la nmpk crew2 melodi
pergh michelle n the geng dasyat jgk..
n then dpt tgk ketibaan artis2 n interview melodi dgn aizat..
dpt gak la msk tv skit time tuh..hahaha
so aku tggu aizoners yg laen especially kak azilah
sebab tiket n baju aku kat die (baju khas aizoners)..
bile sume aizoners dh kumpol dibawah selia family aizat
kitorg pon lpak kat dpan pintu masuk utama Arena..
lame jgk kitorg tggu nk msk sbb nk tggu vip smpai kan..
bile dah ade kat dalam stadium..wah kagum gak la
dapat tgk AJL live for the first time
kitorg dok kat Arena( bahagian bawah)..
aku tgk sekeliling ..pergh ramai siot..full
slalu dpt tgk dlm tv je skang rase sendiri kemeriahan AJL tuh..
tggu lame skit pas tu ade sorg bro ni
die mcm floor manager la utk event ni
die explain perjalanan majlis mcm mn n die bg command utk tepok tgn sume
mmg time sorak boleh runtoh bumbong stadium tuh..
so start je dgn sitinye show pembukaan mmg dasyat ya ampun..
bingit stadium tu dibuatnye..
tapi bukan show awal2 tu je yang bingit..
energy audience malam tu dasyat la jgk..
tiap2 show bising dgn sorakan fan2..mmg best la..
aizoners tak ketinggalan la jgk..dgn banner sume..huhu
aizat perform 2 2 lagu best..pergi feel cukop..kau aku best performance..
idea membawa masuk budak2 sebagai penari mmg berbaloi..
tp among all the show la kan, show penutup dr search la yang paling havoc skali
yg dtg tgk rmai dr era muzik search..old timer la
mmg org ikot nyanyi skali lagu pawana n fantasia bulan madu..
nasib baek search tak nyanyi lagu isabella..lagi gile dibuatnye nnt..
aku skip trus kat acare penyampaian hadiah..
lpas je diumumkan vokal terbaek milik black,
best performance aizat nye lagu kau aku,
tempat ketige faizal tahir..bencinta...
tempat kedua yuna..dan sebenarnya..
kitorang aizoners ni mcm dh boleh jangke
lagu ape nk mng mlm tu
sangkaan kitorang btol dan tepat bile AJL24 menobatkan
Aizat juara AJL dengan Pergi dipilih sebagai song of the year..
tahniah Aizat sekali lagi walaupon AjL24 dh abes lame dah..huhuh
abes tu sume aizoners gather dlm bilek persalinan aizat
inagt dapat la tggu aizat tp aizat tak dpt nk ade skali sbb
die ade conference ngan media..
dalam bilik tu rmai ngan bdk2 yg buat show time kau aku tu..
diorg excited sbb mng best performance tu smpai ade yg nanges2 huhuh
so lpas bergambar dgn sume aizoners aku pon chow blk..
tp yg bengang mlm tuh bile security halau2 n tggi suare
kat org2 yang ade dlm stadium lagi time tuh..
rilek2 sudah..org tau la mcm mn nk kuar..
ade sorg kazen aizat bengang jgk sbb security tu touch die kan..
x de manner lgsg..but overall it was a great experience..
congrtas tu GBam as the penerbit for this AJL24
you done such wonderful job..
semoga aizat msk AJL 25 nnt..huhuh
chow..
crew2 tgh ready kat luar stadium..
Kak Azilah's family, aku n abg dezos..
Before masuk Arena..sesak ya ampun
Beginning of AJL..
Crowd yg sporting..
Lighting mantap..cayalah GBam
Aizoners family..Monday, January 25, 2010
Majlis kesyukuran Aizat di PWTC

Kejohanan Basketball Piala Menteri Besar Negeri Sembilan
ni la team opponent USIM..
Team USIM tgh warming up kat sebelah sane tuh..
fight jgk sebenarnye..
USIM!!!!
Monday, January 4, 2010
Rindunye blog aku!!!!!!!!!!
wah lamenye tak msk umah aku ni
sorry la bkn ape sejak ari tu asyik bz je
bile ade mase nak buat bahan tak de plak
sume bahan n gambar2 kat mmbr aku ari tu
so aku x dpt nk update time cuti ari tu
x pe insyaallah akan dtg aku akan update baru punye
tp aku nk msk dulu report2 last year yg x sempat aku mskkan k
tunggu kemunculan post2 br dr aku..
chow ching chow...huhu
Saturday, September 26, 2009
Aidilfitri oh raye lagi..
sorry la aku stop posting jap
nak tau sbb ape?
dah tentu2nye hari raye la...hahaha(syok sendiri)
sempena hari raye ni aku nak mintak maap kat sume orang
especially orang2 yang aku kenal lah..
aku ni mmg suke buat salah ngan orang
sepanjang raye seminggu ni mmg letih
tapi actually x de mood sgt nk raye..layan je..
mcm malas je..1 2 raye ok la
msk raye ke 3 dah macam biase2 je
tapi time raye ke-3 tu yg plg best n special skali..hahah ade lah mn leh bgtau
so aku malas nk cite pjg sbb duit raye pon x byk dpt..mkn tue mkn skit..hehehe
tgk je la pic2 selection dr collection raye aku tahun ni..k
pen off..wasalam
sedondon..heheh
dayang2..
yes..
sapo la kentut..Monday, September 14, 2009
Lailatul Qadr..
Mari kite renung2kan...
Umat Islam di seluruh dunia akan memasuki fasa ketiga pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain pada minggu hadapan, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun.
Apa yang perlu sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain, ialah kenangan positif yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka.
Itulah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepada-Nya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka.
Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta.
Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr - atau diterjemahkan sebagai malam takdir.
Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.
Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadr, ayat 3) .
Friday, September 11, 2009
Fakta Orang Bercinta...
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selalmat pagi’,’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, ahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.








